Senin, 25 Februari 2013

Sejarah keris

Keris adalah senjata yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lalu. Ia digunakan oleh para pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Ia juga menjadi alat istiadat dan kebesaran bagi raja-raja.
Kajian mendapati, keris berasal dari Kerajaan Majapahit yang berkuasa pada kurun ke 13. Setelah Kerajaan Majapahit jatuh, sebahagian dari pandai besi-pandai besinya berhijrah ke bahagian lain di Tanah Jawa, Kepulauan Sumatra, Kepulauan Sulawesi dan akhirnya ke Tanah Melayu. Keris berkembang sebagai senjata di Tanah Melayu sehinggalah apabila Tanah Melayu dijajah oleh British.
Undang-undang British tidak membenarkan keris dipakai pada badan atau digunakan sebagai senjata dan ia hanya digunakan untuk tujuan adat istiadat sahaja.
Terdapat berbagai jenis keris, bagaimanapun Keris Melayu yang digunakan oleh orang Melayu adalah lazimnya bercirikan jenis keris Majapahit iaitu keris yang asal, berhulukan Jawa Demam dan sampir berbentuk sampan.

Bahagian-bahagian keris

Bahagian Keris
Keris sewajibnya terdiri daripada dua bahagian penting iaitu bahagian bilah keris dan bahagian ganja. Bahagian bilah dibuat atau ditempa di dalam keadaan miring, tidak tegak atau lurus (Hasrinuksmo,2004). Bahagian bilah dan ganja disambung pula dengan bahagian hulunya. Lazimnya keris dibuat dengan cara ditempa. Lazimnya di Alam Melayu disebut keris, tetapi di Bali disebut kedutan; di Sulawesi selain disebut keris, juga disebut selle atau tappi; manakala di Mindanao disebut sundang. Suwarsono Lumintu (2004) berpendapat keris berasal dari Jawa pada abad ke 5-Masihi, kemudiannya berkembang bentuknya seperti yang diketahui sekarang pada abad ke 12 Masihi. Dari Jawa ia tersebar ke Palembang, Semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Mindanao, Pattani, Champa dan Kemboja.
Orang Melayu tidak memiliki pandangan dunia atau ideologi penaklukan . Sebagai senjata, keris diciptakan untuk mempertahankan diri, diciptakan untuk perdamaian. Para pengkaji Barat menyebut keris sebagai senjata untuk tikaman, tetapi ia tidak diciptakan semata-mata untuk membunuh. Sebagai satu produk kebudayaan Melayu, keris bersifat simbolik kerana ada elemen spiritual (Hasrinuksmo, 2004). Keris adalah simbol Melayu lantaran manusia Melayu mencipta makna-makna untuk keris. Coatalen (1982) menegaskan bahawa keris adalah lambang kemelayuan. Lok keris itu sendiri adalah sebahagian dari falsafah estetika Melayu yang sukakan kelok, lekok atau bengkok dan seumpamanya seperti di dalam ukiran kayu Melayu. Walaupun ada keris yang tidak berlok, tetapi bahagian atas. Walaupun ada keris yang tidak berlok, tetapi bahagian atas keris ( ganja iras) bersemukur dengan hulu keris dan bilahnya (pamor). Kata Coatalen ibarat seekor cicak rumah, tetapi cicak sebenarnya tidak merupakan lambang binatang yang digunakan oleh orang Melayu, lambing cicak digunakan oleh orang Iban sebagai motif kain ‘Pua’ mereka.
Bagi yang berkeyakinan, keris diciptakan atau ditempa sehingga boleh menambah keyakinan diri seseorang; dapat menjauhkan diri dan masyarakat dari wabak penyakit; menghalang diri dan masyarakat dari gangguan makhluk halus atau supernatural; memudahkan pemiliknya mencari rezeki, mengangkat darjat, martabat dan kedudukan seseorang; dan sebagainya ( Hasrinuksmo,2004). Maka keris adalah satu alat senjata yang melambang dua elemen kuasa, iaitu kuasa magis atau kesaktiannya dan kuasa yang melambangkan tuah serta darjat sosial di dalam masyarakat. Kuasa seperti ini merupakan kuasa yang esoterik, manakala ada yang melihat keris semata-mata secara eksoterik iaitu sekadar “ suatu kerja seni” yang indah.
Keris adalah artifak seni, yang meliputi seni tempa, seni ukir, seni pahat, seni bentuk, seni perlambangan dan sebagainya. Seni keris yang ditempa cuma dapat difahami oleh para empu atau pandai keris atau pawang besi, yang amat ahli yang ditumpat lagi dipadatkan dengan segala doa dan mantera, sajian dan upacara. Pandai keris akan memohon doa kepada Yang Maha Kuasa supaya keris yang ditempa tidak menganiaya pemilik keris mahupun orang lain. Menurut Hasrinuksmo (2004), bahawa di saat menempa dan berusaha untuk memahami kehendak si pemilik, pandai keris bukan sahaja membaca doa dan mantera, tetapi juga akan berpuasa, berjaga malam, berpati-geni,dan tidak akan menyentuh perempuan pada saat yang telah ditetapkan. Melalui ritual atau istiadat seperti yang dilakukan oleh para empu, makna keris dicipta.
Keris merupakan suatu karya seni yang mempunyai estetika yang tersendiri. Keris bukan sekadar objek seni, tetapi apabila dipandang dari sudut batiniah, mempunyai getaran-getaran spiritual yang kuat, ada daya magis yang memancar dari bilahannya, baik dari pamor, mahupun dari urat besinya (Ki Hudoyo Doyodipuro, 1999). Riak estetik keris menghasilkan falsafah dalam tegak ada bengkok, dalam bengkok ada tegak (Mohd Zahidee Arshad, 2002). Keris dikatakan seperti berbentuk naga dan ular (Hashim Hj.Mohd Noor, 2004). Naga dan ular dikonsepsikan sebagai lambang kekuasaan. Barangkali benar seperti kata Josselin De Jong dalam bukunya ‘ Agama Dan Kepercayaan Di Gugusan Kepulauan Melayu’, bahawa keris memiliki’mana’, seperti ada sakti, ada kuasa magis.
Mana sebagai suatu konsep merujuk kepada persoalan semangat (spirit) yang boleh bertempat atau dikandung, atau boleh lepas bebas tidak bertempat dan tidak dikandung. Jika mana atau semangat ini bertempat dan dimiliki, maka Zainal Kling (1976) berpendapat ada unsur ‘personalized’ kepada objek berkenaan, manakala ada yang berpendapat jika sesuatu objek itu menempati sesuatu spirit maka dikonsepsikan sebagai ‘corporeal’. Semangat atau mana di dalam keris boleh dimasukkan malah boleh diseru atau dipanggil untuk digunakan oleh orang yang memiliki keris yang mengetahui dan memahami untuk mengguna keris berkenaan.
Keluarbiasaan keris terletak kepada jenis besi yang digunakan disamping ilmu kebatinan yang dimiliki oleh pandai keris. Keris Taming Sari dikatakan dibuat dari 20 jenis besi. Lebih banyak jenis besi yang dicantumlalu dipalu (dipukul) akan lebih tinggi nilai keris tersebut.
Besi ini dicanai di ulu air, lantaran di kawasan ulu adalah sumber air yang bersih, jernih dan suci. Kesucian, kebersihan dan kejernihan juga lambang-lambang 


QUEUE

Secara harafiah : queue berarti antrian, queue merupakan salah satu contoh aplikasi dari pembuatan double linked list, misalnya saat Anda mengantri di loket untuk membeli tiket.

Konsep Queue :
Kumpulan elemen data dengan struktur FIFO

Operasi-operasi dasar :
1. Buat Queue
2. Enqueue : memasukkan elemen ke dalam antrian
3. Dequeue : menghapus elemen dari antrian
4. Front : melihat elemen terdepan dari antrian
5. Rear : melihat elemen paling belakang dari antrian

Implementasi Antrian dengan Linked dalam Memori Dinamis :
• Elemen antrian disimpan sebagai node yang dibuat dengan memori dinamis(malloc)
• Tiap node memiliki field:
– data: berisi elemen data antrian
– link: pointer ke node berikut dlm antrian

• Structure suatu antrian memuat fieldfield berikut:
– depan: pointer ke node pertama dalam antrian
– belakang: pointer ke node terakhir dalam antrian

*** Queue menggunakan Linked List**